Glass Sandblasting

Perkhidmatan Menanda Nombor Pendaftaran Pada Cermin Kereta

Tahukah sejak akhir-akhir ini, kes kecurian kereta semakin menjadi-jadi. Berikut merupakan statistik kecurian kereta di Malaysia;

Statistik kecurian kereta di Malaysia

  • 57,462 kereta dilaporkan hilang pada tahun 2010
  • 55,041 kereta dilaporkan hilang pada tahun 2011

Secara purata terdapat lebih kurang 150 kereta dicuri setiap hari. Ramai yang sudah menjadi mangsa dan saya merupakan salah seorang daripadanya. Pada tahun 2010 saya kehilangan sebuah kenderaan pacuan empat roda model Nissan Frontier. Kenderaan berkenaan dirompak ketika dalam perjalanan pulang dari Sibu ke Bintulu. Pada tahun 2011 saya kehilangan sebuah Toyota Hilux Vigo apabila pencuri memecah masuk rumah saya dan mencuri kereta berkenaan. Kehilangan kedua-dua buah kenderaan berkenaan mendatangkan banyak kerugian kepada saya.

Seperti biasa kedua-dua kenderaan berkenaan dilengkapi dengan sistem penggera keselamatan yang biasa terdapat pada kenderaan yang lain. Sungguhpun begitu, alat berkenaan tidak berguna apabila taktik merompak dan pecah rumah digunakan. Sekiranya saya memasang alat pengesan kenderaan elektronik, kejadian ini mungkin tidak berlaku. Walau bagaimanapun kos memasang alat berkenaan adalah tinggi (pada masa itu) dan ramai yang tidak mampu memasangnya termasuk saya.

Berdasarkan pengalaman pahit itu, saya mengambil inisiatif membantu pemilik kenderaan membuat tanda nombor pendaftaran pada cermin kereta. Teknik yang digunakan adalah glass sandblasting di mana dengan menggunakan peralatan khas, nombor pendaftaran kenderaan akan diukir pada cermin kereta anda. Setiap nombor yang diukir adalah kekal selama-lamanya dan satu-satu cara untuk menanggalkannya adalah dengan menukar cermin kereta baru.

Teknik ini tidak menjamin kereta anda tidak dicuri. Tetapi sekurang-kurangnya akan menyukarkan pencuri memadam identiti kereta anda. Teknik ini sangat berkesan sehingga syarikat seperti Shing Yang Corporation menanda kesemua kenderaan syarikat mereka dengan teknik ini.

Sekiranya anda berminat sila isikan maklumat anda di dalam borang dibawah. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA untuk cermin kereta yang pertama sahaja. Sekiranya anda ingin menambah nombor pendaftaran pada cermin yang lain, bayaran sebanyak RM6 akan dikenakan untuk setiap cermin.

Setelah tempahan anda di sahkan, anda boleh menghantar kenderaan anda ke alamat berikut;

Green Matrix Enterprise
872-A YTD Garden,
97000 Bintulu, Sarawak.

Tel : 012 805 3006 (Shamsu)
Fax : 086 337 589
Facebook : www.facebook.com/wahi.rashid
Blog : www.cegahcurikereta.wordpress.com

Lokasi Kami

Nota : Proses sandblasting mengambil masa 1-2 jam bergantung kepada bilangan tempahan.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.